The most beautiful smile I've ever seen is my dear husband smile . With your smile that I stopped crying . My anger will stop when I saw your smile .When I sulk with a smile that you also make me smile . Everything just by ur smiling . So smile for me always my luvly dear . But don't stop smiling even though I'm not here with you anymore sweet heart ^^.

Tips Persediaan :)

Tip perkara perlu dilakukan pada peringkat pra perkahwinan
  • Anggaran tempoh 12 bulan hingga enam bulan sebelum majlis perkahwinan
  • Keluarga pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat dan meminang.
  • Tetapkan tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan.
  • Ikuti kursus perkahwinan dan dapatkan sijil.
  • Mendaftar di pejabat kadi.
  • Teliti bajet perbelanjaan dan nilai keseluruhan kos.
  • Kurangkan belanja harian, usah boros dan mula menabung.
  • Kurangkan aktiviti sosial.

Anggaran tempoh lima
bulan sebelum majlis perkahwinan.
  • Pastikan carta kewangan dan aliran keluar serta masuk wang pada landasan betul.
  • Mula menempah jurugambar, juru audio, meneliti pusat andaman terbaik dan memilih lokasi persandingan.
  • Jangan lupa mulakan program kesihatan dan diet seimbang.
  • Mula membeli barangan hantaran satu persatu.

Anggaran tempoh empat bulan sebelum majlis perkahwinan.

  • Sudah menempah mak andam.
  • Sudah bersedia menempah kad undangan.
  • Sudah memilih lokasi persandingan.
  • Merancang belanja berhemah mengikut sumber kewangan yang ada.
  • Menyenaraikan tetamu undangan.
  • Menyemak senarai harga katering.

Anggaran tempoh tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.
  • Semak kad undangan perkahwinan dan pastikan tiada maklumat salah.
  • Sudah memilih konsep untuk pelamin, gubahan hantaran perkahwinan.
  • Memilih cincin dan persalinan persandingan.
  • Menempah pakaian untuk acara akad nikah dan persandingan termasuk persalinan pengapit dan ahli keluarga.
  • Menempah kumpulan kompang, audio visual dan katering.

Anggaran dua bulan sebelum majlis perkahwinan.
  • Semak dengan semua pihak yang akan terbabit dengan majlis perkahwinan.
  • Susun semula kedudukan kewangan pada saat akhir.
  • Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
  • Ambil kad jemputan perkahwinan yang sudah ditempah.
  • Semak destinasi bulan madu pilihan.

Sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan.
  • Hantar kad undangan perkahwinan kepada tetamu jemputan, lebih awal lebih baik.
  • Lakukan urutan dan spa untuk menaikkan seri pengantin.
  • Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
  • Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah. Ini penting!

Menjelang detik majlis perkahwinan.
  • Pastikan semua perkara yang dirancang lancar.
  • Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
  • Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.
  • Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian - jangan nanti mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza.

No comments:

Post a Comment